Hai semua . apa khabar ? mesti korang yang akan mengambil PT3 rasa takut. stress kan ? sebenarnya aku pon dah rasa dah semua tu . sebanarnya aku batch 99's iaitu batch pertama yang menduduki peperiksaan PT3 .Sebenarnya PT3 ni takdelah susah macam yang korang sangka kan . senang sebenarnya kau korang dah start strunggle dari sekarang . okay taknak banyak cerita im here to give you all tips how to succes in PT3 ! * english berterabur *
1) Banyakkan buat latihan .
kalau nak cemerlang memang kena banyak buat latihan okay . beli buku latihan PT3 yang dijual di kedai buku okay bukan kedai basikal, kedai kek, kedai baju *okay tak lawak* . keluarkanlah sikit duit korang tu untuk beli buku well kalau nak berjaya memang memelukan pengorbanan . kalau tak mampu sangat pinjam je dekat library awam satu rak penuh dengan buku tinggal tunggu korang pilih je .okay disebabkan PT3 soalan keluar dari form 1 hingga form 3 so korang kenalah keluarkan duit beli buku rujukan . hmm aku dulu tak beli pon buku rujukan just pinjam dekat library awam . jenuh jugak lah sebab limit pinjam 2 minggu . so kena ulangalik perbaharui pinjaman aku tu *palmface*. tapi bagi aku lah kan baik korang beli je buku rujukan sendiri . lagi senang !
2)buat nota ringkas.
pelajar cemerlang selalu buat nota ringkas sebab nota ringkas ni memang membantu tau . ala korang je buku nota yang kecik2 tu senang sikit nak bawak pergi mana2 . bila cikgu tengah ajar tu catatlah maklumat2 yang korang rasa penting okay . jangan malas2 nak berjaya memang kena ada pengorbanan. okay aku nak bagi tips BM ni . banyakkan membaca tentang bahasa istana sebab bahasa istana memang komfem keluar PT3 okay ! soalan nya satu n]je yang keluar tapi kena ingat walaupun satu tetap MARKAH tu woi .
contoh :
tidur - beradu
mandi - bersiram
sakit - gering
bersetuju - berkenan
* tu jelah ye . yang lain cari sendiri sbb aku malas nk taip ni*
3)sentiasa bertanya kalau tak faham
okay aku mengaku yg aku memang low math . tapiiiiii disebabkan aku nk berjaya dalam PT3 ni aku sanggup balik sekolah lambat sebab aku mintak cikgu math aku ajar aku math dekat depan library sekolah . paham lah jugak sebab yang belajar dekat situ cuma aku dengan kawan aku dua orang . so senang sikit aku nak tanya . math kalau korang nak lulus memang ken BANYAK BUAT LATIHAN sebab kalau korang just hafal formula memang susah nanti nak jawab . jangan malu nak tanya . anggap cikgu macam kakak/ abang/ibu/ayah dan sewaktu dengannya.
4)jangan buang masa
dah tahu nak PT3 ni janganlah korang still berkubang dalam bilik belek henpon okay ! dont waste your time . jangan asyik nak berWechat,,berTweet,berTelegram dan mcm2 ber2 lagi lahh . sebab bila korang leka dengan benda ni semua korang akan leka dan buku pon tak sentuh . jangan ingat 'ala baru bulan 1 banyak masa lagi' nooo ! jangan okay ! kalau nak ber2 tu boleh tapi ikut time lah jugak . contoh time rehat lepas study tu bolehlah tweet2 ke tapi jangan leka pulak ye :D
5)belajar ikut rentak sendiri
semua orang ada corak belajar tersendiri . ada orang suka belajar dalam kumpulan aka study group ada orang suka belajar sendiri * mcm aku* . aku memang suka belajar sendiri berbandin dengan belajar dalam kumpulan sebab bagi aku kalau belajar ramai2 memang tak belajar pon asyik dok main henpon, selfie , makan . tu yg aku tak suka . so bagi aku better belajar sendiri bertemankan buku rujukan dan muzik *aku suka dan boleh kalau belajar sambil dengar muzik*.
-periksa kelengkapan untuk peperiksaan sebelum tidur
-baca nota seblum tidur
-jangan gemuruh. jangan stress. anggap periksaan ni sebgai satu jihad
-berdoalah banyak-banyak kepada Allah kerana sesungguhnya kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan
- rajinkan diri menunaikan solat hajat
-baca soalan dan jawab dengan tertib. pastikan tulisan mudah dibaca
- bertawakal selepas habis peperiksaan
okay dahlah . tu je yang aku dapat kongsikan sebab malas nk taip ni . sori kalau banyak typo . harap dimaafkan . good luck for your exam . do the best . sebab PT3 ni menentukan aliran yang korang akan ambil tahun depan . byebye assalamualaikum


thank you membantu sgt tips ni ....harap lulus math
ReplyDeleteThanks untuk tips ni harap sya dapat 3A dlam pt3
ReplyDeletethanks tips ny awak☺️
ReplyDelete